"Assalamualaikum Puan ,i'm sorry because i cannot attend for examination tomorrow . I have to return home today . My mother was sick , i have already pass a letter to Eira . She will pass to you . Thank you"
Butang send ditekan oleh Ika menandakan pesanan sebentar tadi telah di hantar . "Siapa yang kau text tu der?, soal Eira Natasya
"Aku text Puan Zubaidah lah siapa lagi kalau bukan prof kesayangan kau , hehe ",balas Ika
"Hish , tolonglah kesayangan aku pula , tak minat aku dengan dia , sudahlah garang macam harimau tak makan setahun "
"Hahaha"
"Kau dah kenapa gelakkan aku ? kan ada je yang tak balik nanti ".
"Yalah sorry".
"Okey , sudah sampai , cepat mana barang-barang kau , cepatlah ,nanti terlepas pula kau"
"Alah , ada 15 minit nak boarding ".
"Kau ingat 15 minit tu lama lah? , sudah pergi sana , aku tak boleh hantar kau sampai gate , aku kena rushing balik kampus".
Secara tidak sengaja air mata Ika Nazuwin berlinangan . Tidak tahu mengapa hati Ika tidak kuat untuk melalui hari-hari untuk pulang ke Johor tanpa Eira sahabatnya sejak bangku sekolah lagi
"Eh eh , kenapa kau menangis ni Ika , kau jangan la macam ni , aku tak boleh teman kau , aku banyak assignment nak buat , aku tahu kau kuat , kau balik sahaja Johor , Aunty mesti okey , trust me , InsyaAllah , she will gonna fine ",pujuk Eira
"Aku tak kuatlah "
"Sudahlah jangan lah menangis depan orang ramai ni, malu aku tahu , aku pergi dulu tau , nanti kau sudah sampai Johor call aku "
Lantas Eira memeluk Ika , Eira tahu bahawa gadis secomel Ika adalah seorang gadis yang cukup tabah dan kuat
Eira segera masuk ke dalam perut kereta dan memacu laju sehingga hilang dari bayangan Ika. Selangkah demi selangkah Ika berjalan menuju ke gate berlepasan , Tiba-tiba Ika terlanggar dengan seorang pemuda tidak dikenalinya . Bedebuss!
"Hish habis makanan aku , kau ni mata letak lutut ke? jalan tak pandang depan " , teriak pemuda itu.
"Maaf , saya tak sengaja " jawab Ika
"Tak sengaja kau cakap? habis makanan aku siapa yang nak ganti?
"Baiklah saya bayar " segera Ika mengeluarkan duit berjumlah RM 50
"Hish menyusahkan aku betulah " dengan selamba pemuda itu berlalu pergi
"Annoying betul orang tu , sudahlah dia yang langgar aku , aku pula yang kena mintak maaf kat dia siap aku ganti makanan dia , boleh pergi macam tu je tanpa cakap terima kasih pun tidak" rungut Ika
Ika segera masuk ke dalam balai perlepasan . Akibat kejadian yang berlaku sebentar tadi . Ika hampir lewat . Mujur ada seorang pramugari yang sedia membantunya . Gaya dan paras rupa pramugari tersebut sangat mempersonakan . Teringat akan cita-citanya sewaktu berusia 10 tahun . Ika ingin sekali menjadi seorang Flight Attendant tertapi rezeki telah ditetapkan oleh Ilahi . Kehendak ibunya yang ingin Ika menjadi seorang pakar bedah haruslah Ika turuti kerana baginya pendapat ibu bapa adalah yang lebih bermakna .
Penerbangan dimulakan , Sedaya melelapkan mata . Memori Ika mengimbas kembali kejadian di lapangan terbang Pulau Pinang sebentar tadi , paras rupa pemuda tersebut seakan Ika penah bertemu tetapi tidak tahu dimana .
"Arghh , buat apa ingat mamat poyo tadi , baik aku tidur lagi bagus " omel Ika di dalam hati
Tanpa menunggu beberapa saat Ika sudah hanyut di dalam alam mimpi , Kerana kepenatan , Tidur adalah perkara yang cukup bermakna pada saat itu sebelum Ika sampai ke lapangan terbang antarabangsa Senai Johor
Bersambung...


0 reviews:
Post a Comment