Sunday, 5 March 2017

Semester 1 done ✔

Assalamualaikum kepada semua warga blogger
lama dah aku tak menulis , 
disebabkan terlampau sibuk belajar . 

baiklah semua agak curious aku masuk universiti mana , Alhamdulilah 
aku telah menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia
secara kebetulan aku pernah berangan angan nk masuk u ni sebenarnya , 
dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan , Dan secara tidak langsung kawan baik aku, ekin juga masuk di universiti yang sama . 
aku mengambil bidang dalam bidang sains gunaan kimia industri , 
agak mencabar juda lah jurusan ni tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih 
oleh itu maka pada 28 haribulan ogos aku telah menjejak kan kaki ke USM

Bermula la minggu orentasi atau lebih dikenali minggu siswa lestari 
aku duduk di asrama atau USM gelarkan desasiswa , aku duduk desa desasiswa tekun , 
roomate aku orang selangor , Hidayah namanya , orang nya okey , 

Maka bermulalah sesi pembelajaran aku , 
mula2 agak padat juga la jadual , sebab ada kelas pada waktu malam , tapi lama kelamaan . 
dah biasa dah , even ada gap banyak pun still rasa macam banyak tak cover chapter , 

semester 1 adalah semester yang banyak kena belajar , banyak kena adapt dengan suasana universiti , tapi lama lama dah biasa . 

hari demi hari sesi pembelajaran abis , maka bermulalah minggu ulang kaji 
minggu ulang kaji aku alhamdulilah aku dapat menguruskan dengan baik , 
walaupun agak stress , tapi aku dapat menangani nya sebab jadual exam pun tak padat ada juga gap . 

abis dah sem 1 pejam celik pejam celik dah habis , 
cuma aku mampu cakap aku masih tak jumpa lagi apa indahnya di alam universiti ini , 
mungkin jumpa semester akan datang , harap bergitu lah , 

itu sahaja coretan dari saya . ada masa aku menulis lagi , 
sekian terima kasih , 
Assalamualaikum